REBAT TOL DI JAMBATAN P.PINANG

Ada tak sesiapa yang dekat sini bekerja ulang alik melalui Jambatan Pulau Pinang..Aku bekerja dekat Megamal Pinang dan duduk di Flat Desa Putra di Island. Setiap hari ulang alik RM7 kena caj tol sehari...Setiap hari memang pokai la jawab nyer, duit minyak lagi. Mula lah fikir dan cari jalan untuk kurangkan perbelanjaan ke tempat kerja. Goggle punye goggle lastly dapat information yang membolehkan aku menikmati rebat tol ketika melalui Jambatan Pulau Pinang.



"Nie la kad Touch n Go PLUSMILES"


Kalau korang nak tahu terdapat rebat bagi pengguna yang sering menggunakan Lebuh Raya PLUS iaitu di Jambatan Pulau Pinang sebanyak 20%..Jika pengguna biasa yang melalui Jambatan Pulau Pinang di kehendaki membayar tol sebanayak RM 7.00 tetapi bagi penduduk Pulau Pinang yang ic 07 atau yang menetap dan bekerja di Pulau Pinang juga layak menikmati rebat Tol dengan syarat mendaftar di kaunter khidmat pelanggan PLUS iaitu dengan membawa salinan IC serta surat tawaran kerja dari majikan yang menyatakan mereka bekerja di Pulau Pinang. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10.60 dan kad PLUS MILES baru akan diberikan. Nanti dalam kad uh kosong, korang kena topup sendiri. Lepas dah daftar, automatik kad touch n go RM5.60 je jika melalui Jambatan Pulau Pinang. Mudahkan, urusan pendaftaran pun sekejap. Tidak sampi 10 minit dah siap. Mudah Cepat dan Pantas..Hihihi




Nie lah Jambatan Pulau Pinang  Mercu kebanggaan rakyat Pulau Pinang



Untuk anda yang menetap di Pulau Pinang,
bekerja atau belajar di sana, anda layak
mendapat diskaun tol Jambatan Pulau Pinang.
Normal Tol = RM7.00, Diskaun Tol = RM5.60.
Jadi anda dapat jimat RM1.40 setiap kali
melalui Jambatan ini.

Cara nak dapatkan diskaun:
1. Isi borang Touch n Go di Pejabat Jualan
berhampiran Tol Jambatan.

2. Sediakan IC / Surat Majikan / Surat
Tawaran belajar

3. Buat bayaran, nilai kad sahaja adalah
RM10.60. So bayarlah minimum RM20.60 untuk tambah nilai sekali.




Comments
0 Comments

No comments: